Tuesday 29 March 2011

korg mkn tauge x..jomm cek khasiatnyer...


Hikayat Taugeh...senjata melawan cancer


Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali
dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan
yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk
dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan
mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh
kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin
baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang
dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga
terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit
kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau,
alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat.
Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino.
Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar
dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan
estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan
susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar
mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom
pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar
saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit
strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi
dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi
dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak
baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh
dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan
tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang
kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah
yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun
dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan
bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas
membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

peringtan ntuk diri ku n sahabat2 sekalian..


Pantun Orang Malas Solat

Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan 10 minit , Setiap satu waktu aku tak boleh luang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga bo leh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

p/s  Ya allah kau permudahkan urusan solat ku dan bukakn hatiku..aminnnn

Monday 28 March 2011

doa pengikat kasih sayang..

Doa Pengikat Kasih Sayang
Bagi wanita yang mengalami masalah suami liar atau curang, hendaklah banyak bersabar dan berdoa.

"Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu."

[Surah Al-Ghaafir: ayat 60]

Antara doa pengikat kasih sayang yang baik diamalkan ialah:

"Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan."

Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja.

Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar.

Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.

p/s thumbs up to mr googell

Sunday 27 March 2011

taktik spontan ntuk menggoda....

Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap anda akan berjaya.

1. Cuit-cuitYang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.

5. Tersentuh tangan.Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepasJika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

13. Jeling-jelingKalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-geselKalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubitCubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahiYang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan bajuWaktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Selamat berumahtangga...




















18 sx..ntuk yg berkhwin shja...

Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri. Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan;

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ تَخْتَلِفُ أَيْدِينَا فِيهِ

Maksudnya;
“Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)” (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ وَنَحْنُ جُنُبَانِ

Maksudnya;
“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub” (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam.

Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).

Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.

Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.

Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.

Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam. Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga kita semua dirahmati Allah SWT.

p/s..pas bc tntg nie..agknyer korg nk ikit x?bgi yg x biasa lg..mngkin laki akn kter buang tebiat ke pa bini aku nie..tpi khas2 ntuk yg bru berkawen ...pratik2knlh...byk untung nyer..artikel ni aku ambk d http://abimuslih.wordpress.com/ byk info2 d ctu..jenguk2 lhh..


glitter-graphics.com

Friday 25 March 2011

my hubby..


kamilia n abhnyer lwn wt muke busyukkk....







































bller laki x de( out station ) suke ke x????

                  salam ..semua..mmm pa yg nk ku cter ek ri ni..tpi yg pstinyer mood x brapa ok..klu ikutkn spttnyer ri ni aku off..tpi alih2 ader majlis penyampain sijil n pelatih belia nk mai daftar..so aku mai la mnghdrkn diri..
               klu x confirm aku dok melepak kt umah..main2 ngn ank..n kemas2 umah..dhla pg td ujan memnjang..klu tarik comfoter nie msti best nie..kn plak berdakap ngn ank2 ku..nk berdakap ngn laki pn..laki out station..
          n time nie la aku bru free..leh update blog..le laki aku xde kn..mmg sush ati n kelm kelabut rsnyer..nk settle ank,nk g keja la..mlyn karenah ank2..mcm..aku mama kpd sepsng chaya mata.yg si abng umo 4thn lbh..nn si adik umo 1thn lbh..antara adik n abg nie..abg tu yg mnja lebey..klu nk isap susu confirm nk dok atas mama dia..yg adik ukut terjah je..asl ader bntl n susu,,jln je..
       klu laki ku ader..kul 7.30pg kterorg kuar dh dr umah..n rutin dia ..memla atr ank g umh pengasuh ,pastu aku ke opis n lastly smpai la ke opis dia dlm kul 8.20..itulah rutin harian brkrj kmi....klu dia xder..aku yg taje over smua..yela klu mngkit nk mndi..klu ank jg ,kn mlyn ank lg..pujuk2 lu..bru leh mndi..( klu sib baik dan (sempt) mndi ) klu x..aku kn biarkn ank melalak dpn pntu bilik air sementara aku dengn cptner memandikan diri..TAPIII..klu laki ader dia leh jg ank sementara aku mndi..n pas aku mndi n solat..laki n ank2 still tidur aku akn g mnyiapakn pakaian n bancuh susu ank.( slalunyer time nie laki ku dh msk mndi )
             TPIII..klu laki xde..aku akn klm kabut nkk menyiapkan ank2..nk kn tkr pampers la..n yg si abng tu..klu pg mangkit..tido x puas..mla la wt perangai..(pg td pn nk isap susu ngn mama) yg mama lk nk kn g ppis..rush sgt..ee lp plak..klu laki xde aku akn kur dr umah kul 8.30pg..hehhe( mjrla keja ngn family)klu keja ngn org,,mmm xtaula ..nth2 x smpai sebulan kn notis..hhahaa
             tu la kdng le pk..mmm payah jgk ye laki xde nie..tpiii le ader yg x puas ati or gaduh mnja2..( lumrh dlm kawen nie..time syok..syok,,time bergdh..bergdh..mcm2..rgm org yg berkhwin..cm pepth P.Ramlee..Sedangkn ;lidah lg tergigit..inikn pulak suami isteri..) dlm ati ngh geramm..xkn out station ke bulan nei..hehhee..mls nk tgk mka..yel angn mood kureng..so mcm2 la yg x kna..aku mmg percy pepatah..sayang bini tinggal2kn..n syang ank tang2kn..mmg tul..yela kdng2 kter bini-bini nie nk gk adre space n rilek2kn diri..nk wt ska ati pa pn..nk melpk depn tv tgk cter yg kter suka tnpa laki menukar channel nk tgk bola..( yela  aku suke tgk cter desperate housewife tpi dia kter cter mngarut..)
                  TPIIII..le msk 2-3 hri mla rindu kt si laki tu..n ank2 pn pakat tnya..mama..mama..abh mn..?xpn ank2 le tgk tmpt yg menarik..cm air terjun ke or shoping komplek ke..mla la gtau kt mama..mama..nk g situ..n mama pn mnjawp..kter tnggu abah ye...nnti abh lik kter g..( padahal yg si mama tu boleh wt g..tpi x dan nk kepung si ank2 tu..)
            kesimpulan nyer..mcm mn geram or skit ati ngn laki..dia still laki kter..n ader gunayer le x gado2..hehe..cm2 bnda dia blh jd penolong dlm diam2 kter x sedar..betapa kter memerlukn seorg LELAKI..merangkap SUAMI>>



glitter-graphics.com

Wednesday 23 March 2011

font yg kaler maler..

ri ni aku belajar cmner nk wt tulisanaku berkaler2 n aku msh mncba..jd ke x...

ader luv dok gedik2 kt bwh tu..

aku nk cba pa yg tutorial aku gtau n kter tgk jd ke x?

glitter-graphics.com

cuba cuba


glitter-graphics.com

mencbaaaaa..

aku nk tgk jd pa le aku paste link yg dania bg kt aku..pg2 dia dh msg aku gtau ( wei kenpa x copy link yg kt bg 2 letkn entry yg kau buat) n aku x phm..so aku inbox n aku nk try..hehe
aku budak bru...



glitter-graphics.com

diet ke x diet nieeee...

hjt d hti memg nk diet..nk kecilkn skit saiz punggung n peha n perut yg ,,si hubby pn dh tegr..ai sayang nmpak kembang semankuk dh nie..hehe..cmner tu..so sejk ri tu mngamalkn kuantiti mknan yg skit n sit up..mulala cri produk2 ntuk mengempiskn pert..dulu x perasan pn kter pnggung n peha naik,,wktu juz highlight kt tummy je..
yg leh naik kt pungung n peha nie kes ader mkn stu makjun..memla tu ingtkn makjun nie mncntikan n menaikan bumper ku nie congek skit..wktu klu pkai suar pn rs cm montot je punggung nie..rs gedik la sekejp...tpi synger x lm...le nk pkai bju kurung tru rs cm ketat je kt are paha tu..n mula la rs x syok...dlm ati..aaha la aku dh kembang...wpln kdng2 aku bertnya pd org seke;iling ku yg dh berkhwin..depa ala biasala dh kawen nie kn berisi skit..brula sedap d peluk..depa kt bkn aku yg kta tau..tpi aku la yg x biasa..sush ati ooo..lg2 ke si hubby menegur..sp sker..
so aku pn melncrkan diet..mlm2 mkn buah je..tiap2 mlm aku akn pkai krim yg pns n detox kaki..n aku akn skipping tiap petng n sit up..tpi x nmpk pn perubh..cm biasa je aku tgk..so aku pn fed up..le aku fed up..aku dh krg wt exercise..tpii aku kurg kn mkn..klu g mkn nasi tu aku lbhkn sayur..n aku pn mnm kopi 2b model..sm ader aku mkn x ikut rutin atau aku yg x nmpak perubhanner...
aku nyer tmpt keja tul2 tgh pekan..setiap selasa n rabu ader pasar mlam..n menu aku d pasr mlm slalunyer yong tau fu..bygnkn jln kaki x smapi 3 minit..dh smpai d tapak pasar mlm tu..n arie nie plk ( khmis ) ader pasar tani..( d tmpt yg sama gk )..n menu aku pg nie,..sate ayam yg sedap ngn kuah kcng..pastu cmner nk diet nie...alahai..

glitter-graphics.com

aku ader kawan baru....

xsngka plak..le aku wt blog nie ader yg sdi menolong n mendesignkn blog aku nie..thnks a lot to dania ( dania wani qaseh shops )padahal aku x pernh knl dia n x pernh bli brg ngn dia..tpi dia sudi menolong ku..alhamdulillah..rs cm terharu pn ader..pelik tp benr..kbykn fren rd fb nie bknyer kter knl sgt tpi ader yg kter close walhal x prnh jmpa pn..dlm maya je..
hopefully aku akn berjmpa lg rakan2 d fb yg dekat d hti n jauh d mt..tpi dkt di pc..hehe..
n blog aku semkn cntik dek keja dania tu..aku x tau pa yg dia wat n aku serah je kt dia..kra aku percya kt dia..skli lg to dania salm perkenalan n smga pershbtan yg djlinkn secara maya ni akn berkekalan..aminnnn..



glitter-graphics.com